About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 6 December 2016

Kelantan - Terengganu Trip (Part 3)

♥Assalamualaikum♥

24 APRIL 2016, AHAD

Hari kedua dan last di Pulau Perhentian. Rasa tak puas plak, dah nak balik dah hari ne. Hari ne bangun awal, breakfast dulu. Pagi ne kami akan ke Kincir Angin. Penah tengok orang viralkan gambaq dekat sini, view memang cantik sangat....





Kui 9 bot sampai untuk bawak kami ke Kincir Angin. Kalau nak tau sepatutnya kalau nak ke Kincir Angin ne, bot akan hantaq sampai ke jeti dan kita akan naik tangga sampai ke atas. Tapi, disebabkan jeti tu dah rosak, so sapa-sapa nak ke Kincir Angin kena hiking dari Long Beach. So, bot drop kami kat Long Beach, dah habis nanti call ja, bot akan sampai.

Oh...satu lagi, kalau nak tau, Long Beach ne adalah tempat tumpuan pelancong. Dan katanya jugak, dekat sini malamnya meriah. Aku bayangkan mungkin macam dekat Pantai Chenang. Kat sini jugak ada banyak chalet. Boleh pilih nak yang sediakan kipas atau aircond.




Siap mental dan fizikal untuk hiking. Padahai bukannya tinggi mana pun. Kihkihkihkih. Cuma amik masa lebih kurang 30 minit untuk sampai atas. And lucky me sebab masa naik, anak dara dua orang tu yang dukung Nur Iman sampai atas. Orang muda katakan, sihat dan kuat. Hahahahahahahah!!!







Ibu Nur Iman dukung ayaq ja. hehehehe!!




Mengah jugak la nak sampai ke atas cekkk oiiii. Untuk orang yang kurang stamina macam aku ne, qasa macam nak bebai. Hahahahahaha!! Agak kagum aku dengan Nina, walaupun dia pregnant 5 bulan, tapi hiking mengalahkan aku. Laju, steady ja dia. Fuhhhh!!!




Tapi segala penat lelah mengah bebai semua hilang bila dah sampai kat atas. Sangat berbaloi segala penat lelah dengan view yang boleh kita tengok kat atas ne.







 

Dekat atas ne ada disediakan pondok dan kerusi. Ada dua pondok, satu dekat atas sekali, satu dekat tengah-tengah. Boleh rehat amik angin menikmati pemandangan. Kalau boleh jangan turun sampai bawah. Sebab boleh nampak keadaan tangga yang agak uzur. Takot jugak la sesuatu terjadi. Jeti pun boleh nampak dari atas dan jeti ne dah senget. 









Boleh stay kat atas selama mana yang nak. Jangan sampai malam dah na. Lebih kurang kui 11, kami sampai balik di Long Beach. Masa hiking turun, Nur Iman terlelap dalam dukungan ayah dia. Kesian dia, penat la tu.






Sampai ke bawah Nur Iman tidoq. Sementara tunggu bot sampai, kami rehat dekat pondok, siap ada lapik lagi untuk Nur Iman sambung tidoq.




Sampai chalet, terus kemas-kemas dan checkout. Bot akan datang kui 12.30. Sementara tu kami minum dulu dekat kafe. Makan untuk tengah hari tak disediakan, So, kalau lapaq boleh la order ja. 1 petang kami selamat sampai ke Jeti Kuala Besut balik. Jauh lagi perjalanan nak sampai rumah. Rasa penat sangat-sangat. On the way balik, kami singgah makan di Restoran Ombak Pantai, Tok Jembal, Terengganu. Makan goreng-goreng dekat tepi pantai. Angin dekat sini gila punya kuat cekkk ooii. Boleh terbang pinggan. Hehehehehe!!

Ada banyak pilihan kedai kat tepi-tepi pantai ne. So, pandai-pandai la pilih k. Kebetulan masa kami sampai kat kedai tu, ada shooting dan hostnya Qi Razali. Aku pun tak sure rancangan apa.













Kami mulakan perjalanan balik lebih kurang 4.30 petang. Singgah dekat stesen minyak berhampiran untuk jumpa dengan BFF Mr. Alon, Sha. Lama gila tak jumpa dia, last jumpa kalau tak silap aku tahun 2010 ka 2011. La ne, masing-masing dah ada anak.






Lepas puas bersembang, kami teruskan perjalanan balik. Lebih kurang 8.30 malam, kami singgah dinner kat Gambang. Tu pun sebab Miss Gen aku tu dah keluaqkan amaran panas. Hehehehehehehe!! Temperature Miss Gen naik. So, bagi dia rehat sat, baru gerak balik.

Sampai Kajang dah tengah malam. Terus tidoqqqq. Habislah holiday kita kali ne. Mungkin aku akan ajak Mr Alon untuk repeat lagi next time, sebab rasa tak puas duk 1 malam ja kat Perhentian.



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..