About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 15 November 2016

Langkawi - Penang Trip (Part 6)

♥Assalamualaikum♥

7 MAC 2016, ISNIN

Masih lagi di Penang, macam biasa bangun pagi breakfast dulu kat hotel. Nur Iman pun macam biasa, bersemangat macam hari-hari lain.

Bukit Bendera

Destinasi pertama hari ni, kami ke Bukit Bendera. Kalau mai Penang, rasanya tak lengkap kalau tak ke Bukit Bendera kan?Bukit Bendera sekarang tak macam Bukit Bendera dulu. Sekarang dah ada macam-macam tarikan kat atas. Best ka?? Jom, kita jelajah Bukit Bendera.





Aku memang dah lama berhajat nak bawak Nur Iman naik Bukit Bendera. Last aku naik masa zaman bercinta ngan Mr Azrol. Bila dah ada anak ne, nak la bawak nak pulak kan. Lagipun nak tengok jugak apa yang dah lainnya Bukit Bendera sekarang ne.

Mungkin sebab kami pi Bukit Bendera time weekdays, so memang orang tak ramai sangat. Dekat kaunter tiket pun nampak agak lengang.

Ne harga tiket Bukit Bendera,

Pemegang MyKad                                                   Bukan Pemegang MyKad

Dewasa                                                                      Dewasa 
Biasa : RM10.00                                                        Biasa : RM30.00
Fast Lane : RM30.00                                                 Fast Lane : RM60.00

Warga Emas                                                             Warga Emas
Biasa : RM5.00                                                          Biasa : RM30.00
Fast Lane : RM5.00                                                   Fast Lane : RM60.00

Kanak-kanak (4-6 tahun)                                        Kanak-kanak (4-6 tahun)
Biasa : RM3.00                                                          Biasa : RM5.00
Fast Lane : RM3.00                                                   Fast Lane : RM5.00

Pelajar                                                                       Pelajar
Biasa : RM5.00                                                          Biasa : RM15.00
Fast Lane : RM15.00                                                 Fast Lane : RM45.00





Kalau nak best masa naik Bukit Bendera tu, amik seat yang belakang sekali, masa turun plak amik seat depan sekali. Mungkin agak gerun, tapi view memang cantik. So, boleh la selfie puas-puas.


  BUKIT BENDERA
~ Bukit Bendera merupakan sebuah stesen tanah tinggi Inggeris yang tertua di Asia Tenggara.~ Ia mula diterokai sejak akhir 1700-an~ Puncak tertinggi Bukit Bendera berada pada ketinggian 833 meter (2, 732 kaki) di atas paras    laut.~ Perkhidmatan keretapi funikular Bukit Bendera mula beroperasi pada Oktober 1923.~ Sistem funikular terkini adalah generasi keempat yang mula beroperasi pada 24 April 2011.   - Generasi Pertama : Tahun 1906 - 1906 (Sistem gagal beroperasi sepenuhnya)   - Generasi Kedua : Tahun 1923 - 1977   - Generasi Ketiga - Tahun 1977 - 2010~ Landasan keretapi funikular Bukit Bendera merupakan landasan yang terpanjang di Asia    iaitu sepanjang 1966 meter (1.99 km) dari Stesen Bawah ke Stesen Atas.~ Terowong keretapi funikular Bukit Bendera yang berukuran 79 meter (258 kaki) panjang dan    3 meter (10 kaki) lebar dengan kecuraman 27.9 darjah adalah merupakan landasan   berterowong yang tercuram di dunia.~ Terdapat sejumlah 52 buah rumah agam (banglo) di Bukit Bendera. 42 daripadanya adalah   milik persendirian dan swasta. Bakinya adalah milik kerajaan negeri dan pihak berkuasa   tempatan. Kebanyakan rumah agam ini berusia lebih daripada 100 tahun dan Bel Retiro,    rumah agam milik Yang Di-Pertua Negeri yang dibina pada tahun 1789 adalah rumah agam    yang tertua di Bukit Bendera.





View dekat Bukit Bendera memang cantik. boleh nampak pemandangan Pulau Pinang. Dan kalau rajin boleh naik sampai ke atas lagi. Aku? Awai-awai dah surrender, tak sanggup nak menapak naik bukit, rugi lemak iiollsss. Kihkihkih. Tapi, kalau malas nak jalan, ada jugak disediakan perkhidmatan buggy. harga lebih kurang RM30 untuk satu pusingan.

View kat atas lagi cantik dan merupakan puncak tertinggi di Bukit Bendera ne. Siap ada meriam lama zaman British lagi.




Sekarang ne dah ada dek pemandangan dekat puncak Bukit Bendera. Dek yang luas dan selesa ne memberikan kita satu pengalaman yang istimewa, kita boleh nampak pemandangan Bandaraya Georgetown yang mengasyikkan. Boleh la kita menghayati keindahan alam ciptaanNya..











Antara tarikan terbaru di Bukit Bendera adalah Muzium Burung Hantu. Dalam muzium ne ada replika burung hantu yang diperbuat daripada bermacam-macam jenis bahan antaranya kayu, batu, logam, kaca, tanah liat, plastik, tanduk kerbau, kerang, kekacang, serat tumbuh-tumbuhan, kristal, porselin, tembikar, kertas dan barang-barang kitar semula. Macam menarik kan? So, pi la try masuk. Kami tak masuk pun, sebab macam dah penat. Hahahahaha!!

Ne info untuk tiket Muzium Burung Hantu

Dewasa : RM12
Warga Emas : RM6
Kanak-kanak (7 tahun ke atas) : RM6
Kanak-kanak (7 tahun ke bawah) : Percuma







Selain tu, sekarang ne dah ada Love Lock kat Bukit Bendera. Tak payah nak pi jauh-jauh macam kat Korea tu. Kihkihkihkih!! Ne pun boleh la nak fefeling Korea jugak. Pi la kunci mangga hampa kat situ. Aku, kunci manggan kat pagaq rumah dah la.







Sebelum turun dari Bukit Bendera, boleh basahkan tekak dulu dekat Cafe yang disediakan. Terliuq dak tengok? Sedap cek oi, bila panas-panas dapat pekena hat ni. Fuhhhh!!!




Lepas turun dari Bukit Bendera, kebetulan Kampung Melayu dah dekat. Sekali lagi kami tapau nasi kandaq Kampung Melayu, balik makan kat hotel. Senang, boleh Nur Iman berehat sebelum ke destinasi seterusnya.


Taman Rimba Teluk Bahang

Petang ne, kami ke Taman Rimba Teluk Bahang. Penah tengok orang viralkan tentang kejernihan ayaq terjun kat Taman Rimba Teluk Bahang ne. So, dah alang-alang kat sini, jom kita ke Taman Rimba Teluk Bahang. 


Taman Rimba Teluk Bahang
Taman Rimba Teluk Bahang terletak dalam Hutan Lipur Teluk Bahang iaitu salah satu Hutan Simpan Negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu kawasan rekreasi yang cukup popular suatu masa dahulu. Sekarang tidak banyak yang tinggal, namun ia masih menjadi lokasi perkelahan penduduk Pulau Pinang dan sesak dengan pengunjung di musim cuti sekolah. Ramai yang datang untuk beriadah, bersantai atau sekadar mengimbau kenangan di lokasi nostalgia ini.
Antara kemudahan lain yang disediakan di Taman Rimba Teluk Bahang ialah tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Untuk aktiviti perkhemahan, pangunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Disini juga terdapat trek mendaki Bukit Bendera dan empat trek jungle trekking lain bagi yang berminat dengan aktiviti pendakian.




Nur Iman macam biasa, kalau bab main ayaq memang serah kat dia. Sampai dah naik biru mulut pun, masih nak main ayaq. Best kat sini, sebab kawasan dia luas dan jugak bersih Semua kemudahan ada dekat sini. Petang, bawak anak-anak lepak mandi manda kat sini memang best. 






On the way balik ke, kami singgah di tepi pantai dekat Batu Feringhi. Tak tau la nama apa pantai tu. Kihkihkihkih!! Lepak dulu kat situ, bagi Nur Iman main pasiaq. Nur Iman ne kadang-kadang macam geli nak pijak pasiaq. Kali ne tak geli pulak. Jangan makan pasiaq dah anak oiii..








Pantai ne bersih, pasiaq putih. Ditambah lagi dengan view yang cantik. Orang pun tak ramai sangat. Memang layan lepak kat sini sambil amik angin petang. Sebenaqnya, banyak lagi pantai kat Batu Feringhi ne yang boleh kita lepak. Bila lalu ja, kita akan nampak kat sepanjang jalan. So, pilih la pantai yang mana satu berkenan di hati, Hehehehehe!!


Pasembor Gurney Drive

Ok, malam ne malam last kat Penang. Tak lengkap rasanya kalau tak pekena pasemboq kan. Jom, kita cari pasemboq kat Gurney Drive.





Kat sini ada banyak pilihan kedai. So, tak kisah kalau pilih yang mana pun sebab lebih kurang ja rasa pasemboq tu. Kalau malam minggu kat sini memang dipenuhi dengan orang ramai. Semuanya sebab nak makan pasemboq. Kihkihkih!! Sebenaqnya tak cukup satu pinggan tu untuk kami dua. Hahahahaha. Tapi, malu nak tambah lagi.





Balik dari makan pasemboq, ronda-ronda kat Hard Rock Cafe & Hotel. Sempat la snap gambaq dua tiga keping. Then terus balik hotel, Nur Iman pun dah mimpi sampai ke Paris dah.






No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..