About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 29 November 2016

Babymoon - Bali Part 5

♥Assalamualaikum♥

Bali Day 4 (11 Oktober 2014)

I'm back. Ceqita honeymoon dah basi, baru perasan tak dak entry untuk hari last kat Bali. Hmmm, aku update ja yang mana aku ingat. Yang tak ingat tu kita skip ja la k. Maklum la, faktor usia. Bukan nak bleh ingat semua benda dah. Kihkihkih!!

Ok, pagi last kami kat Bali. Breakfast makan roti ja. Pagi ne macam biasa Mas Wawan pickup dekat hotel, checkup siap-siap sebab nanti terus ke airport ja.

Destinasai Pertama - Hard Rock Shop

Sunday, 20 November 2016

Kelantan - Terengganu Trip (Part 1)

♥Assalamualaikum♥

22 APRIL 2016, JUMAAT

Yehaaaaa, jom ikut iollss. Kali ne kita ke negeri Pantai Timur. First time Nur Iman jalan-jalan ke Pantai Timur. Trip kali ne beramai-ramai dengan office mate Mr. Alon. Aku & family, ali & wife termasuk dua anak dara trang tang tang Sari & Zura.

9.30 pagi gerak dari rumah  ke ofis sebab meeting point kat ofis Mr Alon. Lepak makan dulu dekat kedai mamak sementara tunggu anak dara dua orang lagi sampai.

10.40 pagi gerak dari Putrajaya.

Wednesday, 16 November 2016

Langkawi - Penang Trip (Part 7)

♥Assalamualaikum♥

8 MAC 2016, SELASA

Hari ne hari last kami di Penang. Pagi-pagi bangun kemas apa yang patut then turun breakfast, terus checkout. Pagi ne kami akan terus ke Stesen Bas Butterworth untuk amik mother in law aku yang mai dari Changlun, Kedah. Mak nak ke KL, so dah alang-alang kami kat sini, boleh la balik sekali kan. Mak sampai Stesen Bas Butterworth lebih kurang 9.30 pagi. Mak sampai ja, terus kami ajak makan Nasi Kandaq Line Clear. Kau tengok, sampai saat-saat akhir pun, nasi kandaq tetap di hati. Kihkihkih!! Memang anak jati Penang ne. Oh, tak tau ka? Aku memang anak Pulau Pinang pun. Dilahirkan di Hospital Butterworth pada Mac 1987. Cumanya kerjaya arwah ayah aku dulu banyak berpindah, so merata cerok la aku pernah stay. Sampai la last, bila arwah dah tak dak, kami sekeluarga menetap kat Jitra, Kedah.


Tuesday, 15 November 2016

Langkawi - Penang Trip (Part 6)

♥Assalamualaikum♥

7 MAC 2016, ISNIN

Masih lagi di Penang, macam biasa bangun pagi breakfast dulu kat hotel. Nur Iman pun macam biasa, bersemangat macam hari-hari lain.

Bukit Bendera

Destinasi pertama hari ni, kami ke Bukit Bendera. Kalau mai Penang, rasanya tak lengkap kalau tak ke Bukit Bendera kan?Bukit Bendera sekarang tak macam Bukit Bendera dulu. Sekarang dah ada macam-macam tarikan kat atas. Best ka?? Jom, kita jelajah Bukit Bendera.