About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 25 October 2016

Langkawi - Penang Trip (Part 5)

♥Assalamualaikum♥

6 MAC 2016, AHAD

Pagi ne bangun agak lewat. Siap-siap dan breakfast di hotel. Price bilik include breakfast. Makanan not bad, sedap dan banyak pilihan. Makan sampai kenyang, tambah tenaga untuk sepanjang hari ni.





Penang Street Art

Destinasi pertama untuk hari ni, Penang Street Art. Dah banyak kali sampai Penang, tapi tak pernah sampai ke Penang Street Art. So, hari ne kita tawaf puas-puas. Jangan risau, tak payah penat-penat nak jalan, kat situ ada banyak pilihan kedai untuk khidmat sewa basikal.




Basikal ne kami sewa dengan harga RM 20 untuk 1 jam. Ada banyak jenis basikal tau. Jom kita berbasikal menyelusuri lorong-lorong di Georgetown mencari lukisan mural ala grafiti sambil menikmati pemandangan dan kesibukan kota Georgetown. Sambil tu boleh la bakaq lemak-lemak nasi kandaq. Hehehehehe!!









Kebanyakan gambaq kat sini dilukis oleh Ernest Zacharevic, seorang pemuda dari Lithuania. Projek yang dikenali sebagai Mirrors Geroge Town ni, merupakan sebahagian daripada Geroge Town Festival 2012. Dah hampir 5 tahun lukisan ni menghiasi kebanyakan dinding di Pulau Pinang sebab tu banyak gambaq yang dah nampak buruk. dan lusuh.










Fakta PelukisPelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Louis Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.
Peta Penuh Street Art PenangUntuk peta penuh jalan-jalan yang mempunyai mural dan lukisan ini, boleh muat turun di laman Tourism Penang.
Waktu OperasiSetiap Hari : 24 jam
Harga TiketPecuma









3D Trick Art Museum

Dah puas berbasikal, kami ke 3D Trick Art Museum yang terletak di Lebuh Penang, tak jauh dari Padang Kota Lama.


Penang 3D Art Museum
10, Lebuh Penang
Geroge Town
10200 Pulau Pinang

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 6 petang
Sabtu - Ahad : 9 pagi - 8 malam

Harge Tiket
Pemegang MyKad
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM15
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas : RM10

Tanpa MyKad
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM25
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas : RM15







3D Trick Art Museum ni terbahagi kepada dua tingkat. Setiap tingkat ada bermacam jenis lukisan 3d yang menarik. So, tunggu apa lagi, boleh bergambaq puas-puas









Nasi Kandaq Deen Jelutong

Dah penat berbasikal, dah penat bergambaq, lunch hari ne kami ke Nasi Kandaq Deen Jelutong. Kan aku dah kata, kami kalau ke Penang, hari-hari makan nasi kandaq. Pagi petang siang malam. Kihkihkih!!

Nasi Kandaq Deen Jelutong juga antara nasi kandaq yang famous kat Penang. Sedap hingga menjilat jari.







Done lunch, kami terus balik hotel untuk rehat dan recharge balik energy Nur Iman.

Aktiviti petang ne, bawak Nur Iman mandi swimming pool lagi. Aktiviti yang paling Nur Iman suka. Tak kisah la ayaq tu panas ka sejuk ka, semua dia hentam. Nur Iman swimming dengan ayah ja la. Ibu dia tak boleh sebab baju tak sesuai. So, lepas ne boleh la kita beli Muslimah Swimwear ye Mr Azrol..




Stretto Pizza

Untuk dinner malam, kami ke Stretto Pizza, Teluk Kumbaq. Dulu, Stretto Pizza beroperasi di pasar-pasar malam dan uptown, tapi sekarang Stretto Pizza dah ada kafe sendiri. So, boleh la singgah untuk cuba pizza yang sangat sedap, yang ada 10 jenis topping pizza. Oh, kalau nak tau, doh pizza tu, owner Stretto Pizza sendiri yang uli tau. Jom, ramai-ramai kita serbu.







Selain pizza, Stretto Pizza juga ada menyediakan lebih 15 menu western. Kalau ke Penang, boleh la cuba makan kat sini.



Stretto Pizza
No. 11, Tingkat Bawah Bandar Baru Teluk Kumbar,Pulau Pinang.(Sederet dengan 7 Eleven Teluk Kumbaq)
Isnin : 6pm - 12amSelasa : TutupRabu - Ahad : 6pm - 12am







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..