Setiap kali lepas cuti raya, masing-masing kat ofis dah sibuk prepare untuk jamuan raya unit masing-masing. Paling best sepanjang bulan Syawal memang perbelanjaan tak banyak sebab makan free. Hahahahaha!!
Unit aku, Unit Pengurusan & Profesional plan jamuan raya bertemakan lauk kampung sebagai menu utama sebab dah jemu dengan nasi tomato, nasi beriani, nasi ayam dan sewaktu dengannya.
Nasi Putih
Gulai Ikan Kering & Nanas
Ikan Kembong Masak Lada
Ayam Goreng Kunyit
Sambal Belacan
Ulam-ulaman
Nasi Dagang
Gulai Ikan Tongkoi
Jelatah
Nasi Himpit
Kuah Kacang
Nasi Lemak
Bihun Goreng
Laksa
Spaghetti
Cendoi
Bandung Soda
Cocktail
Tiramisu
Kek Coklat
Kek Gula Hangus
Tapai
Bukan lauk ja bertemakan kampung, sekali ngan orangnya bertemakan kampung. Baju qaya dah abeh, kita pakai baju kedah ngan kain batik plak ala-ala Mok Chun. Hehehehehehe!! Pulun na pi cari baju kedah tu sampai ke jalan tar. (ooopppsss..terbocoq rahsia..hahahahahhaha)
Puas hati dengan jamuan raya kali ne. Semuanya berjalan dengan lancaq. Lepas ne bleh kita buat tema lain plak.
Lepas abeh jamuan, gotong-royong mengemas plak. Memang rasa berbaloi pakai baju kedah ne, Sesuai sangat nak rewang lepas kenduri kan. Hehehehehe!!
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..