About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Sunday, 15 May 2016

Cameron Highland Januari 2016 Part 2

♥Assalamualaikum♥

Ahad, 24 Januari 2016

Hari last dekat Cameron, lepas ne semua balik ke negeri masing-masing. Pagi-pagi lagi ma ngan Kak Ina dah masakkan Nasi Goreng. Lepas breakfast, kemas-kemas barang, lepak-lepak sembang sat, kui 12.00 kami checkout.


Complete kami 7 beradik.
Kak Ina, Kak Pina, Mimi, Ba, Ayu, Amet & Adik




Sebelum balik kami singgah di Sungei Palas Boh Tea Centere, tempat wajib singgah kalau mai Cameron. View kat sini tak payah cakap la, memang sangat cantik dan nyaman. Tambah-tambah kalau dapat lepak minum atas pelantar terbuka, sejuk ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang layan abeh la..

Parking kat sini, tak semua dibolehkan parking sampai atas. Aku pun tak paham macam mana depa pilih kan. Rasanya kenderaan yang bawak wanita mengandung, warga emas dibolehkan parking sampai atas kot. Tapi kena habaq kat depa la. Kalau tak habaq mana la depa nak tau cek ooiii. Hehehehe!!














Dah puas lepak, gosip, amik gambaq banyak-banyak, kami terus gerak balik. On the way, kami singgah di Green View Garden basahkan tekak. Lapaq nasi cek oiii, tak lunch lagi dari tadi. Huhuhuhuhu!!






Dah penat, letih, lelah, lapaq, kami terus bergerak balik. Lebih kurang 5 petang kami sampai bawah. Disebabkan semuanya dah lapaq tahap kebuluq dah, kami singgah makan di Restoran Waritha, Ipoh. Restoran yang menyajikan masakan Thailand. Memang sedap, puas dapat makan nasi. Bila masing-masing dah kekenyangan, barulah bertolak balik ke destinasi masing-masing. So, kami sampai Kajang lebih kurang 10 malam. Berakhirlah sudah percutian ke Cameron Highland kali ne. Please ma, next kita pi tang len plak na. Tak mau Cameron dah. Hehehehehe!!



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..