About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Thursday, 12 May 2016

Cameron Highland Januari 2016 Part 1

♥Assalamualaikum♥

Jumaat, 22 Januari 2016

Tak banyak kejadian yang berlaku masa hari first sebab kami bertolak dari Putrajaya pun dah petang. My mom dan lain-lain bertolak pagi dari Kedah. So depa check in dan berjimba-jimba dulu la kat sana. Sepanjang perjalanan kami, hujan turun dengan lebatnya. Kami ikut jalan Tapah, sebab dekat sikit kan. Cuma jalan tak berapa nak cantik la. Kiri kanan boleh nampak bekas tanah runtuh. Serammmmm hakak tau. Mujuq masa otw naik tu, dah tak hujan. Kalau tak lagi la seram. Jam lebih kurang 10.00 malam, kami selamat sampai Desa Anthurium Apartment. Alangkah bahagianya dapat tengok wajah-wajah kesayangan hamba. Cuma hero-hero kecik pujaan hati ja tak dak.







Sabtu, 23 Januari 2016





Bangun pagi dah ada bau nasi lemak. Omg..omg..omg. Nasi lemak Cik Zu buat memang tak terlawan la. Hehehehe!! So, sebelum kuaq jalan-jalan breakfast dulu kenyang-kenyang dekat apartment.




Destinasi pertama Bharat Tae Plantation. Walaupun dah berkali-kali aku ke Cameron Highland, tapi ni first time aku sampai Bharat Tea Plantation. Untuk pengetahuan semua Bharat Tae Plantation ne tepi jalan ja. Senang sangat nampak. Orang pun ramai kat sini.

First time aku try makan skon strawberry kat Cameron. Hmmm, boleh tahan sedap dan gebu teksturnya. Satu set, RM12.80 (2 skon). Kami oder bersama Peach Tea & Passion Fruit Tea (Hot).








Lepas minum-minum, kita boleh turun ke Ladang Teh. Ok, view memang la tersangat cantik. Ditambah lagi dengan langit yang membiru. Memang sesi photoshoot sakan la kami. Tak heran dah matahari terpacak ataih pala. Kihkihkih!!












Dari Bharat Tea Plantation, kami terus ke Ee Feng Ghu Bee Farm. On the way tu, kami singgah apartment dulu, sebab Nur Iman dah penuhkan pampers dia dengan pelaburan 2.6b. Kihkihkih!! So, dah alang-alang lalu apartment, singgah cuci dulu. 

Sampai Ee Feng Ghu Bee Farm tu, kami tunggu dalam qeta ja sebab Nur Iman dah tertidoq. Kesian plak nak kejutkan dia. Dari Ee Feng Ghu Bee Farm, kami terus balik apartment untuk lunch yang dimasak oleh my sis, Kak Ina. Kak ina tak follow sebab my niece, Lya demam. Dah tak larat nak keluaq jalan-jalan. So, depa stay kat apartment ja, rehat. 

Tengah hari tu, tiba-tiba dengaq sora hero-hero pujaan hati. Ingatkan my sis, Kak Pina dah tak jadi nak join. Tengok-tengok sampai jugak. Barulah complete semua kan.






Lepas lunch, kami keluaq cari Ladang Strawberry kat Kampung Taman Sedia. Selalunya kami akan ke KHK Strawberry Farm, Taman Sedia, tapi tutup plak kali ne. So, just jalan-jalan amin angin sejuk ja. Then terus ke Pasar Malam Brinchang. Kalau dah masuk pasar malam ne, paham-paham ja la. Masuk tangan kiri kanan kosong, keluaq confirm penuh. Hahahaha. Penuh dengan makanan. Yang bestnya, Nur Iman tidoq dalam stroller tu tak jaga-jaga walaupun hingaq. Best sejuk agaknya. Dah nak balik baru la dia terjaga.




Dari Pasar Malam Brinchang terus balik ke apartment. Malam just lepak-lepak, gosip-gosip kat apartment ja.



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..