About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 26 April 2016

1 Years 2 Months

♥Assalamualaikum♥

27 April 2016

Hari ne Nur Iman genap 1 Tahun 2 Bulan. Haisshh, sat ja rasa.

Hmmm, apa yang dia dah pandai bila dah setahun lebih ne. Cerita favourite Nur Iman dah bertukaq dari Frozen dan Didi & Friends ke Masha & The Bear dan The Good Dinasour. Kalau bukak cita ne, memang dia langut depan tv tak berkelip bijik mata. So, senang la ibu nak buat qeja.





Makan, hmmm yang ne susah sikit nak describe. Kadang-kadang dia makan banyak, kadang-kadang tak mau makan, Jenuh paksa cek oiiii. Masa checkup dengan pakar dekat Hospital Putrajaya, doktor pesan bagi Nur Iman vitamin, untuk tingkatkan selera makan. Sebab berat badan Nur Iman naik sikit sangat, doktor takut nanti Nur Iman tak cukup berat. So, first sekali try bagi Appeton dekat Nur Iman. Time nak makan Appeton tu, dia punya kelupuq la, serupa apa lagi. Haiisshh. Pastu tukaq plak bagi Caliph Sunnah Supplement by Fellina. Yang ne alhamdulillah, Nur Iman suka. Tapi, kadang-kadang ada time dia tak mau jugak. Ibu pun tak paham pasai apa. Hehehehe!!



Nur Iman kalau makan nasi, kena la layan dia makan. Berejam nak tunggu abeh semangkuk. Kalau bagi buah ka, fries ka laju ja dia makan. Mana taknya, kalau ada 10 dalam bekas tu, 10 la yang dia sumbat dalam mulut. Sedaq-sedaq tengok, licin dah bekas.

Kalau ayah, selalu beli mainan kat Nur Iman. Katanya kesian tengok, sebab macam dah boring dengan mainan yang ada. So, rumah dah hampir menimbun dengan mainan. Ok, yang ne tipu. Kihkihkih!!







Ayah beli untuk Nur Iman, dan ayah tumpang main sekali. Maklum la, kecik-kecik dulu tak merasa nak ada khemah macam ne. Dah ada anak ne, baru la bleh merasa kan.




Awal bulan hari tu, balik Kedah. Masa kat rumah Mak Tok, tengok Nur Iman dah pandai turun katil. Dengan excitednya cerita la dekat Mak Tok dia. Ropa-ropanya Mak Tok kata memang pandai pun, Mak Tok dah tengok dah pun. Hahahahahahh.. Macam mana ibu ngan ayah bleh tak tau ne. Kat rumah, good girl sangat, tak turun naik katil pun.

Kat rumah opah dia plak, dia syok duk naik kerusi. Yang ne naik qeti, turun tak qeti sebab sangkut kaki. Bleh plak dia pi terjun ooiiii. Jenuh la ibu nak sambut. Bahaya btoiii..


Nur Iman, kalau tengok belon memang excited abeh, Kita tak nampak lagi, dia dah nampak dulu dah. So, terpaksa la beli sebab kesian tengok excited sangat. Simpan belon tu sampai kecut, then tong sampah la tempatnya...

Baru-baru ne, Nur Iman jatuh katil lagi. Maklum la, heroin kan. Duk tergedik-gedik atas katil, gedebuk jatuh kepala dulu. Tak dan dah ibu nak sambut. Ada la lekat parut heroin sikit dekat dahi.




Oh, lupa plak. Walaupun saya dah setahun lebih, tapi saya belum pandai jalan. Coming soon, tengah kumpul energy penuh-penuh dulu. Hehehehehe!!



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..