About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Sunday, 29 November 2015

9 Months

♥Assalamualaikum♥

27 November 2015, genap umur Nur Iman 9 bulan. Cepat ja masa berlalu. Rasa macam baru ja lahirkan Nur Iman, dah besaq dah baby ibu.

Hmmmm, 9 bulan kan. Apa yang Nur Iman dah pandai?? Macam-macam dah dia pandai. Jalan pandai, cakap pun pandai. Tak caya?? Tak yah caya la. Kihkihkih!!






Masa umur 7 bulan, gigi bawah Nur Iman mula tumbuh. Masuk 8 bulan gigi atas plak jengoi. 8 bulan lebih, jengoi mai sebatang lagi gigi bawah. Senjata Nur Iman koi bertambah dah. Nasib la ibu ayah, qeja kena gigit ja. Ibu redha anak oiii...





Umur 9 bulan ne, Nur Iman baru pandai nak berdiri sendiri. Aku tunggu jugak Nur Iman nak merangkak, tapi tak pun. Dia eksyen ja macam nak merangkak, tapi tak. Hmmm, Nur Iman nak jalan terus kot kan.




Kalau time makan, memang macam-macam gaya dia akan buat. Suka sangat dia stretching badan macam tu.





Kalau bukak Frozen memang dia tercongok la depan tv tu. Tapi part ada lagu ja, tak dak lagu Nur Iman sambung main.




9 bulan yang penuh suka dan duka. Lebih banyak suka dari duka. Terima kasih sayang, Nur Iman dah mengajaq ibu jadi seorang yang lebih kuat luaran dan dalaman.

Terima kasih kerana sentiasa di sisi ibu ayah.
Terima kasih kerana selalu buat ibu dan ayah tersenyum.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu dan ayah, menjadi pelengkap hidup kami berdua.

Doa ibu ayah semoga Nur Iman membesar menjadi anak yang solehah. Yang akan jadi contoh buat adik-adik nanti. 
Doa ibu ayah semoga Nur Iman jadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.
Ibu ayah akan sentiasa ada dengan Nur Iman di saat susah dan senang.







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..