About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Thursday, 10 September 2015

Raya 2015 - Part 2

♡Assalamualaikum♡

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.....

Kehkehkeh. Bulan Syawal dah kemana hala, aku baru la sibuk-sibuk nak update cerita raya kan. Al maklum lah, Busy mengalahkan menteri. Hehehehe!!

Raya tahun ne lain dari tahun-tahun sebelum ni. Tahun ne excitednya lebih, sebab adanya orang ketiga, Nur Iman Khadeeja. Persiapan raya ala kadar ja. tak ada la melebih-lebih.




1 Syawal

Tahun ne macam jugak tahun lepas. Pagi raya aku kat umah mentua. Tak kisah mana dulu pun, sebab rumah ma ngan rumah mak dekat. Kentut pun bleh dengaq. Kihkihkih!! Cumanya raya tahun ne aku tak boleh la join pi sembahyang raya.. So, pagi raya kami stay dua orang kat rumah sementara tunggu yang lain balik dari sembahyang raya.






Tengah hari, family mentua balik ke rumah arwah Tok di Tandop, Alor Setar. Aku plak singgah rumah ma dulu. Petang nanti baru kami ke sana.

Tahun ne rasa terkilan sangat sebab tak dak pun gambar raya aku ngan ma. Sibuk-sibuk duk menyembang, makan sampai terlupa nak amik gambar. Huhuhhuhu!! Sory ma, tahun depan ingat tau, kita amik gambar banyak-banyak. Hehehehe!!


2 Syawal




Hari ne, kami beraya dekat sekitar Changlun, Alor Setar. Rumah kawan-kawan dan mak-mak sedara. Petang kami terus gerak ke Penang. Sampai-sampai kat rumah Kak Pina, semua dah ada. Sebelum sampai lagi Mr Alon dah ajak pi cari nasi kandaq..fuh..Memang kalau sampai Penang, nasi kandaq mesti wajib cari. Hehehehe.. Tapi malangnya banyak nasi kandaq yang cuti raya. Huhuhuhu. Last-last dapat la satu kedai nasi kandaq dekat Jalan Gurney.




3 Syawal

Pagi 3 Syawal kami bertolak ke Taiping, Perak. Dah hampir 2 tahun aku tak balik Taiping. Sampai Taiping terus ke tanah perkuburan, ziarah kubur arwah ayah, tok & tokwan. Sebelum ke rumah Cu, kami ronda-ronda Taman Tasik Taiping.







Selalunya, tiap-tiap tahun kalau ke Taiping, memang wajib singgah Zoo Taiping, jumpa saudara mara. Hahahaha!! Sebab ramai kanak-kanak kan, memang nak sangat la ke Zoo. Tahun ne, kami tak singgah sebab dah bosan, tiap-tiap tahun tengok benda yang sama. So, terus ke rumah Cu. Kebetulan Cu buat kenduri. Semua berkumpul kat rumah Cu. 

Petang, kami terus balik ke Jitra.,..








No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..