About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 21 September 2015

Nur Iman In Perlis - 23 Julai 2015

♡Assalamualaikum♡

Cuti raya yang lepas, Nur Iman round negeri Perlis.


Destinasi Pertama : Ladang Tebu, Chuping

Dengan semangatnya kami menuju ke Ladang Tebu, Chuping. Masuk-masuk ja kawasan ladang, tak nampak tebu. Mr Alon kata mungkin sebelah belakang kot. So, kami teruskan perjalanan, Hmmmm, sampai ke sudah tak nampak batang hidung pokok tebu. Erkk, pokok tebu ada hidung ka? Hehehe.. Frust sebab dah lama tak tengok view ladang tebu yang cantik tu. Yang ada pokok getah ja. Sorry la Nur Iman, tak dapat ibu nak tunjuk pokok tebu kat kamu. Ibu tunjuk pokok getah ja la.

Signboard besaq yang tertulis Ladang Tebu Terbesar di Malaysia patut diturunkan dah, sebab tak dak tebu dah pun. Huhu!!

Ladang Tebu ne pernah direkodkan sebagai kawasan terpanas di Malaysia.














Destinasi Kedua - Gua Kelam

Seingat aku, seumur hidup aku sekali ja aku sampai Gua Kelam ne. Tu pun masa aku tingkatan satu atau dua. Aku pun dah tak ingat. Lebih kurang 15 tahun dulu. Huhuhu...

Gua Kelam ni terletak di Banjaran Nakawan di dalam Hutan Simpan Wang Mu iaitu sebahagian daripada Taman Negeri Perlis. Gua Kelam yang berukuran 370 meter panjang ini terletak di Kaki Bukit yang jauhnya lebih kurang 36km dari bandar Kangar. Kalau nak ke Gua Kelam, ikut ja arah ke Wang Kelian sebab lokasi kedua tempat ini berdekatan.

Sampai-sampai ja Gua Kelam, kami jadi jakun sat sebab nampak ada kereta api mini yang disediakan untuk masuk dalam gua. Waaaauuuuuu. Kami tak pernah tau wujudnya kereta api mini ni. Tapi, kereta api mini ni ditutup untuk sementara waktu. Menurut cerita dari seorang sahabat, perkhidmatan kereta api mini diberhentikan perkhidmatan pada bulan September 2009 sebab hilang kawalan secara tiba-tiba sampai menyebabkan kecederaan ringan pada 12 pelancong termasuk tujuh murid, empat guru dan seorang pemandu pelancong. Menurut cerita, gerabak kereta api mini ni menggelongsor turun beberapa meter sebelum merempuh penghadang di stesen akibat bekalan elektrik yang terputus ketika mendaki bukit di dalam Gua Kelam.

Masa sampai kat Gua Kelam tu, memang tak ramai orang dan agak sunyi. Jadi, kami buat keputusan tak masuk dalam gua sebab takut. Hahahahahahaha!! Kalau ramai orang mungkin kami masuk. Gua Kelam adalah dibawah pengurusan Unit Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan tiket berharga RM1.00 dikenakan kepada pengunjung yang nak masuk gua.

Gua Kelam dibuka untuk lawatan setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.











Destinasi Ketiga - Empangan Timah Tasoh

Tempat yang paling aku teringin nak pi. Selalu tengok orang ambil gambaq kat Timah Tasoh, viewnya cantik sangat, So, kami meneruskan perjalanan ke Empangan Timah Tasoh.

Tapi, disebabkan cuaca yang panas dan Nur Iman plak bateri macam dah nak flat. heheheheh. Kami just ronda tengok view ja, Tak turun dari qeta dah.

View kat sini memang cantik. Sesuai kalau nak buat photoshoot. Akan aku ajak Mr Alon mai sini lagi nanti.



Nama Empangan Timah Tasoh diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek empangan ne dimulakan pada tahun 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dengan belanja sebanyak RM77 juta.


Destinasi Keempat - Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Last destinasi kami adalah Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. Masjid ne sangat cantik dengan view menghadap laut. Lepas dah solat, boleh la lepak-lepak tepi laut.

Dulu masa aku bertugas kat Langkawi, Masjid ne la yang jadi persinggahan wajib aku. Masjid ne adalah Masjid Terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis menghadap Laut Selat Melaka. Dekat sangat, jalan kaki pun boleh.

Hasil info yang aku dapat, masjid ini dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd Ariffin Yusuf yang mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Menariknya, masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis ne telah diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. Masjid ini dinamakan sempena nama abang kepada Tan Sri Mohd Ariffin Yunus, iaitu Datuk Dr. Mohd Hussain yang meninggal dunia sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid.
















Destinasi Kelima - Fatimah Nasi Kandaq

Fuhhh.... Penat meronda, masa untuk mengecas. Hehehehe! Janji dengan seorang sahabat untuk makan sekali. Dia suggestkan kami makan dekat Fatimah Nasi Kandaq, Kangar. Perrghhh, kami laki bini pantang dengaq nasi kandaq ne. Terus rasa lapaq tu membuak-buak. Hehehehe!!





Bukan restoran tau, tapi owner bukak lori kecik ja tepi jalan dengan beberapa buah meja. Walaupun nampak kecik, tapi time nak makan beratuqnya punya la panjang. Nasib kami baik, sebab masa sampai tu, owner baru tengah susun barang, baru nak bukak. Tak payah la kami nak beratuq panjang-panjang. Dalam masa beberapi minit ja. line dah panjang. Huhuhu!!

Nasi kandaq ne ada macam-macam lauk. Sedap cek oooiii. Lepas ne bleh repeat lagi ne,

Nasi Kandaq Fatimah terletak bersebelahan Klinik Menon dan Pasaraya Aneka. Dan juga berhadapan dengan Maybank. Sapa belum cuba, aku suggestkan pi cuba kaih, Rugi kalau sampai Kangar, tapi tak makan Nasi Kandaq Fatimah.

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..