About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 1 June 2015

Susu ibu

♡Assalamualaikum♡

Hari ne alkisahnya susu ibu. Sebelum lahirnya Nur Iman, aku dah plan kalau boleh nak bagi susu ibu sepenuhnya kat dia. Seronok tengok ibu-ibu bekerja yang mampu bekalkan susu ibu sepenuhnya untuk baby.

Tapi nak dijadikan cerita, bila Nur Iman dah selamat dilahirkan, Miss B aku tak menghasilkan susu. Sedih, kecewa, rasa down kenapa tak dak susu. Why? Why? Why? Hari keempat selepas melahirkan baru ada susu. Itupun selepas aku pam. Rasa lega sangat-sangat. Masa Nur Iman dalam wad pun, tiap hari aku akan pam dan tinggai dekat hospital buat bekai untuk Nur Iman. Lepas Nur Iman keluaq dari wad, aku pam sekali sekala, aku lebihkan direct breasfeeding.



Aku ada jugak search dalam google, cara nak mengepam, cara simpan susu, tips penyusuan susu ibu dan macam-macam lagi. Sebulan terakhir sebelum aku start qeja, aku mula pam sikit-sikit untuk dibuat stok untuk Nur Iman time aku qeja nanti. Tapi, bila pam, kuantiti yang dapat tak banyak mana. Aku mula down balik. Selalu tengok dalam blog-blog orang pam sampai penuh satu botol. Kenapa aku tak? Aku mula tertanya-tanya mungkin ibu-ibu lain ada amik supleement milk booster sebab tu susu banyak.

Rupa-rupanya aku salah. Pertama sekali yang penting adalah persediaan kita. Study betoi-betoi tentang penyusuan susu ibu. Buat persediaan masa tengah pregnant lagi. Silap aku sebab aku tak study dari awai.

Rahsianya cuma satu. Susukan, pam, susukan, pam, susukan, pam. Kerap susukan anak, time kat ofis jangan lupa pam. Makan makanan berkhasiat, pastikan badan sentiasa sihat dan cergas. So, sekarang ne aku tengah gigih nak banyakkan stok susu untuk Nur Iman. Walaupun sekarang ne Nur Iman aku dah campurkan susu dia, tapi kalau ada rezeli banyak susu, boleh la aku stopkan susu formula. In sha allah.

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..