Masa

♡Assalamualaikum♡

Masa tidak menunggu kita. Jika sudah ditakdirkan sampai di sini ja masa kita. Maka, segala kebahagiaan, kemewahan dunia akan kita tinggalkan.

Tersentak dengan berita pemergian seorang teman ketika masih dalam pantang melahirkan puteri sulungnya. Sangat terkesan di hati aku. Kenapa? Mungkin kerana aku juga mempunyai seorang puteri yang baru dilahirkan. Masa kau telah tiba wahai teman. Damailah kau di sana. Pemergianmu benar-benar terkesan di hatiku. Masaku belum tentu lagi bila, dimana dan bagaimana.

Semoga keluargamu, suamimu tabah hadapi dugaan ini dan semoga puterimu membesar menjadi anak yang solehah.

Alfatihah....

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..