About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 21 April 2015

Kematian yang menginsafkan

♡Assalamualaikum♡

5 hari berlalu semenjak dengaq berita pemergian seorang teman. Masih lagi ada rasa terkejut. Macam tak percaya pun ada. Imbas balik memori lama, banyak kenangan yang tercipta. Ada yang manis ada jugak pahitnya. Ada hikmah disebalik pemergian ini. Silaturrahim yang lama terputus akibat salah faham, akibat keegoaan masing-masing kini terjalin semula. Manisnya rasa, tenangnya rasa. Rindu pada gurau senda yang pernah tercipta antara kita semua. Alangkah indahnya tika itu. Andai masa dapat diputar kembali.

Friday, 17 April 2015

Masa

♡Assalamualaikum♡

Masa tidak menunggu kita. Jika sudah ditakdirkan sampai di sini ja masa kita. Maka, segala kebahagiaan, kemewahan dunia akan kita tinggalkan.

Tersentak dengan berita pemergian seorang teman ketika masih dalam pantang melahirkan puteri sulungnya. Sangat terkesan di hati aku. Kenapa? Mungkin kerana aku juga mempunyai seorang puteri yang baru dilahirkan. Masa kau telah tiba wahai teman. Damailah kau di sana. Pemergianmu benar-benar terkesan di hatiku. Masaku belum tentu lagi bila, dimana dan bagaimana.

Semoga keluargamu, suamimu tabah hadapi dugaan ini dan semoga puterimu membesar menjadi anak yang solehah.

Alfatihah....

Saturday, 11 April 2015

Merdeka

♡Assalamualaikum♡

Hari ni hari apa???
Hari ni brapa haribulan???

Yeaaa..pejam celik pejam celik dah masuk 44 hari aku berpantang. 44 hari jugak usia Nur Iman. Esok aku merdeka. Yehuuuuu. Mr Alon, jangan lupa bawak weolllss cuti-cuti Malaysia. Nur Iman kata bosan hari-hari duk rumah ja.


Jangan lupa tau ayah. Kalau dak Nur Iman wachaaaa ayah. Hehehe..