About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Wednesday, 4 March 2015

Bidadari ibu & ayah

♡Assalamualaikum♡

Jumaat, 27 Februari 2015, 1218pm

Lahirnya seorang bidadari. Bidadari yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Bidadari yang akan melengkapkan hidup ibu & ayah. Bidadari bauan syurga. Tak sabaq ibu nak peluk cium anak ibu.

Jam 5 petang, baru ibu dapat face to face dengan anak ibu. Saat pertama kali tatap wajah bidadari ibu, ayaq mata hampir mengalir. Tak sangka ibu selamat melahirkan bidadari secomel ini. Alhamdulillah, sempurna tubuh badan, kulit putih gebu, bibir merah delima, rambut hitam lebat. Ibu bersyukur sangat-sangat anak ibu sihat.

Betoi cakap ayah, ibu pun tak tau anak ibu ikut muka sapa. Warna kulit memang tak sama dengan ibu & ayah. Hehehe. Ibu tak kisah anak ibu ikut muka sapa pun, janji anak ibu membesar dengan sihat.







Bidadari ibu & ayah,
Jadilah hamba ALLAH yang disayangi, rebutlah setiap peluang yang ada di muka bumi ini untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa disayangi dan diredhai olehNya.

Bidadari ibu & ayah
Ingatlah, taatlah pada ALLAH, agama dan ibu bapa. Ibu & ayah doakan anak ibu & ayah sentiasa berada dalam rahmatNya.

Bidadari ibu & ayah,
Jangan sesekali lupakan YANG MAHA ESA.Jangan sesekali tinggalkan SOLAT.Jangan jadi anak yang derhaka.

Bidadari ibu & ayah,
Ingatlah, nanti bidadari ibu akan menjadi kakak kepada adik-adik yang bakal lahir.Jadilah kakak yang bertanggungjawab, sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik dan juga ibu dan ayah.

Bidadari ibu & ayah,
Ibu & ayah doakan semoga bidadari ibu & ayah menjadi anak yang solehah yang boleh ibu & ayah banggakan dunia akhirat.



Bidadari ibu & ayah yang dinamakan NUR IMAN KHADEEJA....





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..