About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Sunday, 15 February 2015

Be Alert!!

♡Assalamualaikum♡

Minggu ne dah masuk minggu ke 37..Omg..omg..Dah kena bersedia bila dah ada tanda-tanda awal nak bersalin. Semenjak masuk minggu ke 36, aku dah mula nerves. Sebab takut baby kuaq awai. Hehehe..Tiap-tiap hari pujuk baby jangan kuaq lagi, Tunggu sampai ibu selamat sampai Jitra. Tapi..hmmmm..tanda-tanda tu macam dah ada...



8 tanda-tanda hampir bersalin

1. Engaged (ataupun baby dah masuk laluan)
    Bila pi checkup, mesti nurse atau doktor akan cakap sama ada baby dah masuk laluan atau belum. Untuk first baby, selalunya baby akan masuk laluan seawal 2-4 minggu sebelum EDD. Ibu akan rasa bahagian atas macam kosong dan semakin berat di bawah.

2. Kerap membuang air kecil
    Ketika baby dah masuk laluan, kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing.

3. Sakit belakang di bahagian pinggan ke bawah
    Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat ke bawah.

4. Kontraksi braxton-hicks
    Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi pra-kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan ibu boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan mengubah posisi ketika itu.

5. Cirit birit
    Hormon kelahiran jiga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan ada loya.

6. Keputihan
    Terdapat lendir dan lelehan pekat.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan
    Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby.

8. Pecah ketuban
    Hanya 1 dari 10 ibu hamil yang alamai kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi ibu yang telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.



Hmmmm..Tanda dari 1 sampai 6 memang dah ada. Adakah??Apakah?? 



2 comments:

  1. take care ye! Semoga dipermudahkan segalanyaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. In sha allah semoga dipermudahkan...tq sally..

      Delete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..