About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 9 February 2015

Babymoon - Bali Part 3

♡Assalamualaikum♡

Bali Day 3 (9 Oktober 2014)

Pagi ne, breakfast macam biasa, akan dihantar sampai ke bilik. After breakfast terus checkout hotel. 2 malam seterusnya kami akan stay dekat hotel len plak.


Puas hati sangat dengan hotel The Studio ne. Servis, kemudahan, suasana, semuanya terbaik. Lepaih ne kalau sampai Bali lagi, hotel ne akan jadi pilihan utama aku.




Destinasi Pertama - Tg Benoa

Tg Benoa terletak di kawasan yang dinamakan Nusa Dua. Kawasan ni jadi pusat tarikan pelancong untuk aktiviti ayaq. Macam-macam aktiviti ada antaranya Parasailing, Banana Boat, Playing Fish, Jet Ski, Snorkeling, Diving dll.

Oleh sebab aku tak plan pun nak mandi ayaq laut, bukan xplan, memang aku tak mau pun. Aku kurang suka mandi laut, sebabnya muka senang sangat burn. Dah la memang aku ne spesies puith melepak dah kan, satgi teruih jadi putih legam. Hahahahahaha!! Ok, sambung cerita. Aku cuma amik pakej untuk bagi ikan makan dan tengok penyu (excitednya macam kat Malaysia tak dak penyu). Pakej kami dapat untuk dua orang naik Glass Bottom Boat dengan harga Rp900 000. Mahai jugak uolllsss. Huhuhuhu!!

Ini Price List (ok, tak nampak pun..Hahahaha)

Untuk ke Deluang Sari Turtle Farm akan amik masa lebih kurang 5-10 minit ja. Dalam perjalanan tu bot akan berhenti kat Coral Reef untuk bagi ikan makan roti.





Welcome to Deluang Sari Turtle Farm



Sampai-sampai ja, akan ada sorang pekerja yang akan guide kita sepanjang kita kat situ. Aku dah tak ingat nama kakak ni. Main panggil Mbok ja. Hehehehehe!! Dan yang menariknya, pulau ni diuruskan oleh pekerja-pekerja ne tanpa gaji tapi pendapatan depa berdasarkan tips yang pelancong bagi. Jadi ringan-ringankanlah tangan bagi tips banyak sikit.

Di Deluang Sari ni bukan saja ada penyu, tapi ada jugak haiwan-haiwan. Macam mini zoo jugak la. Penyu pulak dari baby penyu sampai la ke tokwan penyu ada. Hehehehe!!



Pekerja kat situ kata bagi penyu cium. Aku dengan rakusnya terus paksa penyu-penyu tu bercium. Hahaha.
















Ok, done. Kami sampai ke jeti balik lebih kurang jam 11 pagi.


Destinasi Kedua - Adi Spa Balinese Traditional Spa



Memang dari awai lagi, kami plan nak merasa Spa di Bali. Spa ne Mas Wawan yang rekemenkan. Harga? Hmmmm, boleh tahan. Lebih kurang macam harga di Malaysia. Harga pulak, dalam US Dolar. Kami amik pakej Javanese Lulur 2 jam untuk dua orang satu bilik US91. Suasana kat sini memang best, dengan alunan muzik Bali, hiasan Bali, memang sesuai kalau nak rehatkan badan sambil diurut-urut.

Tukang urut yang urut tu memang best. Memandangkan keadaan aku yang tengah pregnant, memang dia urut abeh lembut. Layannnnnnnn.. Sambil-sambil layan tu kena qeling sama orang sebelah. Hahahahahaha!!

Ada 4 jenis minyak terapi yang kita boleh pilih. Lavender untuk aku, Green Tea untuk Mr Alon





Bila dah abeh urut-urut, scrub badan, tukang urut tu akan tinggalkan kita untuk mandi susu. Hah, time ne rendamla sepuas-puasnya. Tak dak orang nak kacau.


Yehaaaaa... Badan dah fresh. Lenguh-lenguh badan, sakit kaki dah ilang. Boleh terus explore Bali.

Lepas dah puas berSpa, kami singgah lunch di Rumah Makan Rindu Rasa yang menyajikan masakan Padang. Jangan risau, kat restoran ni ada kemudahan surau untuk solat. Kami oder nasi putih, ayam goreng, telur, sambal, sayur nangka untuk dua orang makan. Total Rp136 400 termasuk tax 10%.


Destinasi Ketiga - Pandawa Beach

Pandawa Beach ne tarikan terbaru di Bali. Keindahan Bali yang tersembunyi di sebalik bukit kata Mas Wawan. Jalan nak masuk memang akan lalu kawasan yang berbukit batu kapur. Harga untuk masuk ke kawasan pantai Rp2 000 seorang dan kereta Rp5 000. Sampai-sampai tu memang akan tergamam. Memang betul kata Mas Wawan, keindahan yang tersembunyi. Sangat la cantik. Pembangunan pun tak dak lagi kat kawasan ni. Yang ada cuma gerai-gerai kecil.

Seluas-luas lautan




Yang menariknya jugak kat Pandawa Beach ne, ada didirikan patung dicelah-celah bukit yang dinamakan Patung Panca Pandawa. Ada 6 buah patung semuanya. Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula dan Sahadewa.

Masa sepanjang jalan ke Pandawa Beach, Mas Wawan banyak bercerita pasai budaya masyarakat Bali. Yang paling ngeri dia cerita, cara pembakaran mayat kat sini. Huissh, boleh terbayang-bayang. Menurut kata Mas Wawan, kos untuk pembakaran mayat sangatlah mahai. Kalau tak cukup duit, mayat akan ditanam untuk sementara waktu sampai la family cukup duit untuk buat upacara pembakaran mayat. Mayat pulak bukannya tanam betoi-betoi dalam tau. Tanam sekadar cukup syarat terkambus ja. Huhuhuhu. Bila bakar plak, mayat tadi akan dicucuk-cucuk dengan buluh, untuk percepatkan proses pembakaran.. Scary gila aku dengaq. Kebetulan kami lalu dekat tempat kawasan perkuburan dan pembakaran mayat, ada satu mayat yang baru selesai dibakar. Masih nampak sisa-sisa api. Memang sangat open. Semua orang boleh nampak.


Destinasi Keempat - GWK (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park)


Pic from google




Patung ini didirikan dengan ketinggian 140m hingga dapat dilihat dari Kuta, Sanur, Nusa Dua sampailah ke Tanah Lot. Patung ni masih dalam pembinaan. Mas Wawan kata tak siap sebab tak cukup dana. GWK ni dibangun dengan misi untuk jadikan Patung Garuda Kencana salah satu keajaiban dunia yang ke-8 dan ke-2 di Indonesia.

Kat sini, kami tak turun dari kereta pun. Sebab cuaca panas terik, aku pun dah rasa pening-pening lalat. So, usha-usha dari dalam kereta ja.

Solat Asar, kami singgah kat Masjid Pecatu Indah Resort.


Destinasi Kelima - Pura Uluwatu



Lepas solat kami terus gerak ke Pura Uluwatu yang terletak di tebing tinggi di bahagian Selatan Bali. Pura Uluwatu merupakan kuil yang dianggap sangat suci oleh kaum agama Hindu. Kat sini pengunjung akan disajikan dengan pertunjukan Tarian Kecak sambil tengok pemandangan matahari terbenam. Tiket masuk seorang Rp100 000. Tips aku, sampai ja terus beli tiket dulu, sebab takut penuh. Dah setle beli tiket baru jalan-jalan tengok pemandangan sekitar. Dannnnnn....pemandangan memang la tersangat AWESOME. Tak jemu mata memandang. Sebelum ne aku selalu tengok dalam gambaq ja, alhamdulillah berpeluang tengok sendiri keindahan ciptaanNya.

Satu lagi tips aku, sepanjang berada kat Pura Uluwatu, simpanlah barang-barang aksesori macam reben tu. Nanti tak pasai-pasai kena curi ngan Cik Nyet. hehehehehe!!

Oh, lupa pulak. Tiket masuk ke Pura Uluwatu dan Tiket Tarian Kecak dijual berasingan tau. Tiket untuk masuk pura Rp20 000 seorang.

Setiap pengunjung yang nak masuk ke kawasan pura akan diberikan sehelai kain selendang kuning atau ungu untuk dililitkan di pinggang. Kalau pakai seluaq pendek, anda akan diberikan sehelai kain untuk dipakai. Ini adalah untuk tujuan menghormati "tempat suci" ni. Lebih kurang macam Islam, kita wajib menutup aurat ketika masuk dalam kawasan masjid.






Persembahan Tarian Kecak akan bermula jam 7 malam sampai 8 malam. Masuk awai boleh pilih seat. Mulanya aku macam nak duduk depan sekali, tapi tak jadi, Mr Alon ajak duduk seat belakang sekali, so boleh tengok sunset.

Tapi malangnya cuaca macam tak bapa cantik, so tak nampak la sunset. Sedih...Huhuhuhuhu!!



Tarian kecak dimulakan dengan ucapan selamat datang. Bagi aku, tarian kecak ne macam satu upacara sembahyang atau persembahan pemujaan dewa-dewa dan adat bagi masyarakat Hindu di Bali. Kan waktu sembahnyang bagi penduduk Hindu Bali jam 6 petang. So, ni macam upacara sembahyang la kan. Kita cuma  bayaq untuk tengok macam mana depa sembahyang. Cara persembahan pulak banyak gunakan mentera dan jampi. Hmmmmm, macam agak seram bagi aku. Kalau ada baby mungkin agak kurang sesuai kot tengok persembahan Tarian Kecak ni. Dan nasib baik aku tak duduk seat depan sekali. Tengok penari-penari tu pun dah takut.

Sediki info tentang Tari Kecak


TARI KECAK
Tari Kecak adalah sejenis tarian Bali yang paling unik dan tidak diiringi oleh alat muzik/gamelan tetapi diiringi dengan paduan suara seramai 70 orang pemuda. Tari ini berasal dari tarian sakral (Sang Hyang). Sang Hyang seorang yang sedag dirasuk roh berkomunikasi dengan para dewa atau leluhur yang sudah disucikan. Dengan menggunakan si penari sebagai media penghubung, para dewa atau leluhur dapat menyampaikan sabdanya. Pada tahun 1930-an mulai disisipkan cerita epik ramayana ke dalam tarian tersebut.
Secara ringkasnya, jalan ceritaya adalah seperti berikut :-
Kerana akal jahat Dewi Kakayi (Ibu Tiri) Sri Rama, Putera Mahkota dari kerajaan Ayodya diasingkan dari istana ayahandanya Sang Prabu Dasarata. Dengan ditemani adik lelakinya (Laksamana) serta isterinya, Dewi Sinta yang setia, Sri Rama pergi ke hutan Dandaka. Berita mereka berada di hutan sampai ke pengetahuan Prabu Dasamuka (Rahwana), seorang raja yang zalim. Rahwana terpikat pada kecantikan Dewi Sinta, lantas membuat rancangan untuk menculik Dewi Sinta dan dia dibantu oleh pembantunya Marica. Dengan kesaktiannya, Marica menjelma menjadi seekor kijang emas yang cantik dan lincah. Dengan demikian, mereka berjaya memisahkan Dewi Sinta dari Sri Rama dan Laksamana. Rahwana menggunakan kesempatan ini untuk menculik Dewi Sinta dan membawanya ke Alengka Pura. Sri Rama dan Laksamana berusaha untuk menyelamatkan Dewi Sinta dari cengkaman raja yang kejam itu. Atas bantuan bala tentera kera di bawah Panglima Hanoman, mereka berjaya mengalahkan bala raksasa Rahwana yang diketuai oleh Menganada, puteranya sendiri. Akhirnya Sri Rama berjaya menyelamatkan isterinya kembali.









Destinasi Keenam - Jimbaran

Destinasi last untuk hari ni, kami ke Jimbaran yang terletak di sebelah selatan Kuta dan barat daerah Nusa Dua. Jimbaran ne famous kalau uolllsss nak candle light dinner yang romantik. Ada banyak pilihan restoran kat sini, semuanya terletak di tepi pantai. Sebelum sampai Bali lagi aku dah habaq kat Mr Alon yang aku nak dinner kat sini. Hehehehe.. Nak la jugak merasa candle light dinner kan.

Tapi makan kat sini memang mahal. Kalau dekat Malaysia, harga yang kami spend kat sini boleh makan seafood untuk 4-5 orang. Huhuhuhu!!

Ikan Jenahak Bakar = Rp144 000
Sotong Goreng Tepung = Rp108 506
Ketam = Rp125 000
Jus Orange = Rp20 000
Jus Nanas = Rp20 000
Mineral = Rp15 000
Servis Caj = Rp64 875

So, total untuk dinner malam tu ja Rp497 381.


Mas Wawan bawak kami ke Baliku Cafe. Jangan risau, restoran ne halal.






Ok, mak buyong dah puas hati untuk hari ni. Happy, excited, letih semua dalam satu. After dinner terus ke Matahari Bungalow kat Jalan Kuta untuk check in. Yang tak bestnya, sampai ja kat kaunter reception, bagi segala dokumen booking hotel, tiba-tiba receptionist tu kata kalau ikutkan dah ada orang check in. Ha???????? what the hell, aku baru sampai kot. Dah la badan penat, letih. Mak Buyong nak tidoq ne oooiiii... Receptionist tu mintak kami tunggu dulu, dia nak cek. Bukan tunggu sat ja ok, hampir sejam jugak seingat aku. Helllllo, aku bukan tunggui kayu duk kat lobi tu, dah la layan mau tak mau ja. Aku tengok si receptionist tu kalau dengan minah salleh bukan main mesra lagi dia. Haaaiiissshhhh, sabaq ja la. Besaq kecik, besaq kecik aku tengok dia. Mujuq aku kecik dari dia. Hahahahahhaha!!!

Thanks to Mas Wawan yang setia tunggu sampai kami selamat check in. Mas Wawan kata dah jadi tugas dia untuk pastikan tetamu dia selamat sampai ke dalam bilik.

Sampai ja bilik, macam hampa buat sementara waktu. Sebabnya bilik tak macam yang digambarkan masa aku  booking. Aku bajet Matahari Bungalow lagi best dari The Studio, sebab tu aku pilih untuk stay sini untuk dua malam terakhir. Konon-kononnya hotel best kena stay last-last day. Huhuhuhu...Sedih. Macam hotel bajet ja. Lepas ne Matahari Bungalow aku blacklist. Mau tak mau terpaksa la stay jugak.

Ok, tak mau sedih-sedih..Jom tidoq, rehat untuk explore Bali lagi esoknya...



















No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..