About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 22 September 2014

Cerita Raya

♡Assalamualaikum♡

Syawal dah lama berlalu, tapi aku baru nak update cerita raya aku. Nampak sangat kemalasan disitukan. Actually, ini raya pertama aku sebagai seorang isteri. Hewhew. Excited uollllsss.

Dah jadi lumrah sebagai isteri, untuk kali pertama ne, mesti la beraya rumah mentua dulu kan. Tapi yang ne tak jadi masalah untuk kami. Sebab rumah aku dengan umah mentua aku dekat sangat. Kentut pun dengaq. Hehehehe.

Tema tahun ne? Jeng..jeng..jeng.. pink uolllsss. Suweeettt sangat. Kebetulan tema untuk dua-dua belah family sama.



Tradisi setiap kali hari raya, family Mr Alon mesti akan balik umah tok dekat Tandop Alor Setaq.. Kali nie sebelum bertolak, kami beraya dulu dekat rumah..












Sampai umah tok, semua sepupu sepapat dah ada. Sampai dah tak celuih dah nak masuk. Hahaha. Happening dengan orangnya, makanannya. Jalan kaki beraya satu kampung. Sebab boleh dikatakan keliling umah, kiri kanan depan belakang semua umah adik beradik.

Sebelah petang balik beraya umah aku. Lepak ngan family.

Keesokannya, sebelum gerak ke Penang ngan family aku, kami singgah dulu umah tok sebab tau ada laksa. Hahahaha. Sebelum aku kempunan baik aku makan dulu kan..

Dekat Penang, beraya umah adik beradik aku.




Raya ketiga mak mentua aku wat open house sikit.. raya-raya seterusnya, beraya umah kawan-kawan..

Hari jumaat, kami dah bertolak balik KL sebab nak elakkan jem kalau balik last minit.

Kalau uolllsss nak tau, masa nak balik raya hari tu..13 jam perjalanan dari KL ke Kedah. Memang bebai kot jalan ja.Huhu...4.30 pagi gerak dari Kajang..5.30 petang sampai Jitra.

Ok, rasanya memang dah terlambat sangat-sangat nak ucap Selamat Hari Raya, tapi aku tetap nak ucap jugak..haha..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN DARI MRS GUMOKS & MR ALON...

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..