Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2013

♡Assalamualaikum♡



Sapa dah pi tengok LIMA 2013..Best dak?? Best kan....Jom kita tengok sedikit info pasai LIMA 2013

SAHABAT

♡Assalamualaikum♡

Ketahui jenis SAHABAT yang patut dijauhi

Tidak ada angin, tiba-tiba teman karib anda berubah sikap. Panggilan telefon anda tidak dijawab, SMS atau whats app juga tidak menerima sebarang reaksi, malah akaun facebook anda juga sudah diblocked oleh sahabat anda itu.

Jika dahulu, anda menjadi orang yang pertama yang dihubungi untuk berkongsi cerita suka dan duka tetapi kini tidak lagi sehinggakan anda merasakan benar-benar terasing dan jauh daripada sahabat anda itu.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini, bertindaklah segera kerana ini merupakan isyarat bahawa teman anda itu bukanlah sahabat sejati dan sekali gus sudah tidak memerlukan anda lagi. Anda dapat mengagak perubahan ini sekiranya...

16.03.2013

♡Assalamualaikum♡

Time to celebrate my birthday with my family...yehaaaaaa....=)
Venue : Restoran Samudera, Hutan Kampung

Ini adik saya yang GELONG..

14.03.2013

♡Assalamualaikum♡

14.03.2013...
Advanced besday surprise...=P
Double happiness,,,

Actually, besday aku 16.03.2013 tau...Bukan 14hb...Tapi surprise dapat awai la plak..

Orang kata jarak bukan penghalang..

"Distance between two hearts is not an obstacle...rather a beautiful of just how strong true LOVE can be."

Posto...posto...Dari Selatan ke Utara, akhirnya utusan HATI sampai dengan selamatnya...Fuh,, Penat nak memikir ayat bunga-bunga...Hahahahah!!

Sebagai peringatan

♡Assalamualaikum♡

Sabda Rasulullah SAW

"mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi"

  • Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atas suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.
  • Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
  • Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

My Perfect Honeymoon Destination...

♡Assalamualaikum♡

Upssss...Terlebih sudah...Tak salah kan nak berangan..Bukan kena duit pun...Mana nak tau angan-angan jadi kenyataan..Aminnn...Hehehe..

Ntah tiba-tiba jari jemariku yang comel-comel nie, gatai ja nak search pasai Four Season Hotel..Teringin sebenaqnya tapi apa kan daya, eden tan mampu..huhu..

Tapi, mana nak tau kan ada rezeki leh la pi honeymoon....Ulat bulu dah naik daun..Hahahahahah..

Dalam banyak-banyak tempat hati dah terpaut kat Four Season Koh Sah Mui...Oh Mr Alon, tolong la bawak saya kesana nanti...Please,.......(mata terkebil-kebil sambil wat muka yang konon come...hahahahah)


Hukum Mengaibkan Orang

♡Assalamualaikum♡


"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya itu telah mencelanya".

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat".

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi (Sumber dari SINI)

Huraian :

  • Memerli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
  • Justeru, apabila mendengar celaan kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
  • Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Euthanasia

♡Assalamualaikum♡

Entry kali nie aku tak mau tulis panjang-panjang..Sebab mood tengah sedih...

Ini gambar-gambar yang diambil oleh Mary Shannon Johnstone untuk siri foto beliau Discarded Property. Beliau mengambil gambar kucing dan anjing terbiar di sebuah pusat perlindungan haiwan di North Carolina sebelum dan selepas mereka dibunuh kerana tidak mempunyai tuan. 

Di North Carolina 250 000 haiwan dimatikan setiap tahun. Ini bermakna 700 anjing dan kucing disuntik sehingga mati setiap hari kerana ketiadaan ruang untuk menyimpan mereka. Mary Shannon Johnston berharap siri Discarded Property ini akan menaikkan kesedaran orang ramai untuk memandulkan kucing peliharaan mereka supaya haiwan yang tidak bertuan tidak akan dimatikan sebegini rupa.