About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 30 December 2013

Mahar @ Mas Kahwin

♡Assalamualaikum♡

"U..i nak cincin macam Che Ta yang 93k tu tau time kita kawen nanti..Pastu i nak hantaran kasut Christian Louboutin 5 pasang macam Che Ta gak...Suma-suma la nak macam Che Ta.." 
"Abang..abang..kita kawen nanti, sayang nak hantaran 20 ribu na. Nak la tinggi dari kakak. Kakak dulu 15 ribu, sayang nak up sikit. Boleh na abang na?"

"Abang, kita kawen nanti brapa abang sanggup bagi hantaran kat sayang? Sayang nak barang hantaran suma branded-branded tau. Baru best bila kawan-kawan tengok nanti.."
Cek kak..ooo cek kak..Kalau cek kak kawen ngan anak raja, bukan kata 20 ribu, 200 ribu pun boleh dapat kot.. Tapi, kalau kawen ngan orang biasa??Hmmm..alamatnya andartu la cek kak ooiii..


Ingat, sebaik-baik mahar itu adalah mahar yang paling rendah.

Perlu ka nak letak tinggi-tinggi sangat sampai di luar kemampuan kita? Ukur baju di badan sendiri. Mahar ikut kemampuan. Malu ka kalau sikit? Tak perlu malu, patutnya kita semakin bangga.

Mahar @ maskahwin itu adalah syariat Allah, hantaran plak adalah adat yang tak bertentangan dengan syariat.

Tapi, kalau dah sampai menanggung hutang bertingket-tingket, berlaku pembaziran, adat tu dah bertentangan dengan syariat.




Mahar @ mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

'Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". (Surah An-Nisaa'-Ayat 4)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." (Riwayat Bukhari)

Dari hadith di atas, nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada miliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaku itu, adakah engkau hafaz sedikit daripada ayat Al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah. Kemudian Rasulullah s.a.w pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada bakal isterinya.

Mahar @ mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mahar yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Sebaik-baik mahar ialah yang paling rendah". (Riwayat Adu Daud)

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". (Riwayat Ahmad)
Ingat, kawen ikut kemampuan.. Majlis yang besaq dan meriah tak penting..Yang penting keberkatan majlis..
Adat dibawa, jangan terbeban..
Syariak kekal, penuh barakah..
Biar dikata ketinggalan zaman..
Yang penting special di sisi Allah S.W.T..

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..