About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Friday, 22 November 2013

Cerita Selepas Raya..

♡Assalamualaikum♡

Akibat kesunyian stay sorang-sorang kat Langkawi.. So, aku angkut la makhluk-makhluk kesayangan aku ni balik Langkawi..hehe...

Berteman la aku kali nie kan...yehuuuuu...



Dah angkut tu takkan nak duduk saja kat umah kan...Sekali sekala melancong kat tempat sendiri syokkkkk oooo...


Ini Adelyn..pantang tengok pantai..Aku dah pesan men kat tepi-tepi ja..Jangan mandi sbb mmg xbawak baju pun spare...Sekali dia mai kat aku basah lencun..Betuah punya budak...Nasib badan la, balik basah-basah camtu..



Ni time kami nak pi Island Hopping..Harga?? Sangat berpatutan.. Dewasa RM25, Kanak-kanak RM20..Bleh booking dekat booth dekat Pantai Chenang. Nasihat untuk sapa-sapa yang nak pi Island Hopping..Jangan booking melalui ejen.. MAHAI OK...Aku penah tanya sekali kat sorang ejen.. Sorang RM35..Mujuq la aku dah penah tanya kat booth kat Chenang tu, so aku tau la kat situ lagi murah...

Island Hopping selalunya ada dua trip..Kui 9.00 pagi & 2.00 petang...Hampir 4 tahun aku stay Langkawi, nie first time aku nak pi Island Hopping..hahhahaah..

Best ropanya...Nek bot laju paling best...Destinasi pertama Tasik Dayang Bunting..Kat sini kena jalan lebih kurang dalam 10-15 min untuk sampai ke tasik..Boleh mandi.. Ada kolam untuk kanak-kanak gak..

Nak dengaq cerita dongeng Tasik Dayang Bunting??? Agak menarik bagi aku..Mai cek crita..


Beberapa ratus tahun dahulu, ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi. Tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada suatu hari, semasa mereka bersuka-suka di pantai pasir di pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak. Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari. Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja perlu melalui suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana hendak pergi. Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana telah jatuh kasih kepadanya, tetapi tidak berani pergi hampir. Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Teluk Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila melihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang. Ia pun berjalan di pantai dan sampailah di Teluk Kahar waktu air surut. Maka, dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbenting di batu, ia pun tidak berlengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh dan menadah air mata duyung itu. Apabila dapat ia segera balik ke Teluk Lawak. Maka di sini, ia mendapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Tun Teja, ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudiannya mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan adakalanya di laut. Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari selepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASIK DAYANG BUNTING.
THE END....

Amacam??/best dak?? ini dongeng ja tau..

Pemandangan sekitar Tasik Dayang Bunting..








Destinasi kedua adalah Pulau Singa Besar...kat sini kita duduk atas bot ja untuk aktiviti Eagle Feeding..Memang kat sini banyak sangat burung Heland...Besaq-besaq uooolllss....






Destinasi terakhir ialah Pulau Beras Basah.. Kat sini kita akan dibagi masa dalam sejam untuk mandi-manda, snorkeling dan kalau sapa-sapa rasa nak sunbathing ala-ala minah salleh pun boleh tapi jangan duk pakai bikini plak..heheheh!!


We ollssss dah bersedia nak bersnokeling.. Set snorkeling boleh disewa dengan harga RM15.00..

Pesanan terakhir, sebelum berisland hopping jangan lupa lumuq Sun Block satu badan na..Takut balik mak tak kenai plak..hitam meqelit..hehehe!!





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..