About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 30 September 2013

Rinduku

♡Assalamualaikum♡

Jika ini dikatakan ujian, maka tabahkanlah aku untuk menghadapinya. Jika kejauhan ini jadi penyebab maka dekatkanlah aku sentiasa mengingatinya. Jika rindu ini membuatkan aku kusut, maka leraikanlah aku dengan inayahMu. Jika masa laluku menjadi ukuran, maka buangkanlah ia jauh dari ruang memori gelapku.

Berikanlah aku kekuatan dalam setiap keadaan dan ketika. Aku sebagai hamba tiada daya dan upaya untuk memilih segala bentuk ujianMu yang mendatang. Sesungguhnya hidup ini perlu diteruskan untuk memperoleh keindahan anugerah dariMu. Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah.




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..