About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 30 September 2013

Rahsia Hati

♡Assalamualaikum♡

Siapa yang boleh tau isi hati seseorang?? Sila angkat tangan...

Saat seseorang tu sedang tersenyum, ketawa...adakah dia benar-benar sedang bahagia??
Saat seseorang tu menangis berduka, adakah dia sedang bersedih seperti apa yang kita lihat??

Boleh kah kita menyelamiseberapa dalamnya hati seseorang??

Soal hati penuh dengan rahsia...

Tiada siapa pun yang boleh meneka dengan betulnya apa yang ada dalam hati kita...

Apa yang kita lihat dari luar tak menggambarkan apa yang ada dalam hati..Bukannya hipokrit..Tapi cukuplah kita sendiri tahu apa yang ada dalam hati kita..

Saat kita bahagia, tak perlulah kita memperlihatkan kebahagiaan kita secara berlebihan kepada orang ramai...Begitu juga saat kita sedih, tak perlu terlalu mempamerkan kesedihan kita..


Allahlah tempat kita mencurahkan segala rahsia hati kita...Hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri...

Hanya dengan mengingati Allahlah kita berusaha menenangkan hati ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita..

"Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawalaquwataillahbillah"

Rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata..

Sabda Rasulullah S.A.W "Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan"

Ya Rabb..
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb...Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, ikhlaskan hati aku menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku..

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku, maka aku memohon tetapkanlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu...

Semoga aku istiqamah dengan apa jua yang aku lakukan...Amin...













No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..