About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 14 May 2013

Pelalian HPV..

♡Assalamualaikum♡

Anda sudah??
Sudah apa?? Hehe...sudah dapatkan suntikan pelalian HPV??
Untuk girls ja ok, boys duduk diam-diam...=P

Aku penah baca, suntikan ni hanya diberikan secara percuma untuk gadis berumur 13 tahun..Untuk yang lain-lain boleh jugak..Tapi dengan kadar bayaran yang tertentu kat klinik atau hospital swasta..

Then, tiba-tiba satu hari, kat ofis...jeng..jeng..jeng...
Ada yang bertanya sapa yang nak dapatkan suntikan HPV boleh bagi nama kat pegawai yang terlibat...dan jangan lupa bayaq sekali..bukan free tau..

Aku ne nama ja qeja kat hospital, keliling doktor..Tapi tak penah nak amik tau sangat pasai kesihatan...So baca, baca dan baca kat google, aku pasti, aku perlukan suntikan nie...Cewah...=)

Apa yang aku baca???Meh nak share..




Apa tu HPV (Human Papillamavirus)??
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Apa itu Kanser Servik??
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1 500 wanita di negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Apa itu Pelalian HPV??
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.




Dah paham?? So pada sapa-sapa yang nak dapatkan suntikan nie, leh dapatkan info di klinik/hospital swasta berdekatan rumah anda...Mencegah lebih baik dari merawat..=)

Esok, 16 Mei 2013, first dose aku...So, nak tau rasa camna, tungggggggguuuuuuuuu!!










4 comments:

  1. Baru jer abis 3rd dose HPV injection, setiap kali inject mesti demam..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya??alhamdulillah, lepas first dose masih sihat walafiat,xdk pa2 kesan..heheh!!

      Delete
  2. Salam.

    Mahal tak bayarannya mimi. Kira mmg wajib ambil 3 suntikan dalam masa 6 bulan kan.. so, bila kita byr tu, byr utk 1st dose ke, ke cover tiga suntikn skali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...=)

      iya...3 kali suntikan dalam masa 6 bulan...utk kami warga hospital rm250 untuk 3 dose...byaq utk suma skali...

      Delete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..