About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Friday, 1 March 2013

Hukum Mengaibkan Orang

♡Assalamualaikum♡


"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya itu telah mencelanya".

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat".

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi (Sumber dari SINI)

Huraian :

  • Memerli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
  • Justeru, apabila mendengar celaan kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
  • Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.



Namun, apa yang sedang membarah dalam masyarakat kita kini ialah sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam kata lain suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan dan tanpa pengetahuan orang yang diaibkan.

Semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Sedangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kira sendiri.

Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malahan sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak".

Malangnya, ramai orang Islam yang lebih suka tidak melakukan apa yang dianjurkan oleh hadis ini. Mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain secara lisan mahupun tulisan. Menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu mahupun menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.


Sekadar renungan bersama..=)

2 comments:

  1. masalahnye skrg ni org mmg suke crite aib dan buruk org lain....i hate this kind of people...sebenarnye drg ni lg buruk sifat

    ReplyDelete
  2. nice reminder.. :)
    www.ceritamama.com

    ReplyDelete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..