Bila blogger jadi maid

♡Assalamualaikum♡

Opsss...jgn terkejut dengan tajuk entry..
Aku bukanlah seorang blogger yang jadi maid..
Aku hanyalah aku..cewah..

I just bought a new novel..rasa cam dah lama tak beli novel kan..





AKU BERCERITA
Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer's block melanda. Suatu masa...dalam keadaan separa sedar ketike terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar- samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian...semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?


BILA BLOGGER JADI MAID
Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi madalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

"Jadi, nak saya buat apa?"
"Awak kahwinlah dengan saya."

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkam tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dam Ash telah membuat satu perjajian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..