SUJUD!!

♡Assalamualaikum♡




Assalamualaikum..

Apabila kita dilanda musibah apakah sikap yang perlu kita ambil??
Janganlah kita bersedih, berduka dan janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah Taala..Semua itu ada hikmahnya..
Ketahuilah bahawa ketika sesuatu musibah itu datang, ianya merupakan ujian bagi hamba, untuk dilihat mana yang benar imannya dan mana yang dusta.

Apa yang mesti dilakukan oleh orang yang beriman jika musibah datang...

1.  Meyakini bahawa semua musibah datangnya dari Allah.
Prinsip ini harus kita pegang, agar kita tetap istiqomah.

Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah SWT.

2.  Menyedari kesalahan kita bila musibah itu datang kerana dosa kita.
Ini adab kita di hadapan Allah SWT, sekalipun semua musibah dari Allah SWT, kita tidak menyalahkan Allah SWT tetapi menyalahkan diri sendiri.

3.  Berfikir, mengapa musibah tiba?
Kerana dengan berfikir, kita menjadi orang yang selalu ingat dan takut kepada Allah SWT.

4.  Bertawakal kepada Allah SWT
Maksudnya menjadikan Allah SWT sebagai penolong kita dari semua urusan.

5.  Bersabar atas ujian Allah SWT
Bila kita dilanda ujian berupa kesengsaraan, hendaklah bersabar dan meningkatkan harapan kita kepada Allah SWT. Tapi, bila ujian itu berupa kesenangan, hendaklah kita bersyukur dan meningkatkan takut kepada Allah SWT, agar kita tetap waspada dan istiqomah.

6.  Berbaik sangka kepada Allah SWT
Tidaklah Allah menguji orang mukmin melainkan kerana Dia menyenanginya dan kerana untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

7.  Tidak putus asa tapi berharap rahmat-Nya.
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah SWT, melainkan kaum yang kafir.



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..