About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Thursday, 3 May 2012

Kari Ngeri

♡Assalamualaikum♡

"Hiduplah dengan pantas, matilah dengan cepat, dan tinggalkan mayat yang menarik.."

Mungkin ramai yang dah besa ngan Blog KariNgeri nie. Aku mula tau pasai blog nie, Mr Alon yang habaq. Dia selalu layan gak blog nie. Tapi, dia pesan kat aku jangan bukak. Tapi, macam besa aku nie agak ketegaq. Gatai gak nak bukak. First time aku bukak, tak sampai seminit aku tutup balik. Dan tu gak la first and last time aku bukak. Sampai la ari nie, tangan ne gatai ja nak bukak. Dengan beraninya konon nak tengok. Hehehehehe. Tapi, aku masih tak mampu nak browse sampai bawah. Sebab apa?? Nak tau sebab apa, try bukak sendiri dan tengok. KLIK SINI . Pastikan anda seorang yang tak lemah semangat..Heheheheh!!

Meh aku nak kenalkan serba sedikit pasai blog ne bagi sapa-sapa yang tak tau...

KariNgeri merupakan sebuah blog yang merakamkan pelbagai peristiwa ngeri dan berkaitan dengan kematian dari luar negara. Pada asasnya blog ini bertunjangkan maklumat dari melalui gambar dan video mengenai kejadian ngeri yang berlaku di luar negara. Semua maklumat yang terdapat di sini tidak dapat disahkan 100% tepat kerana kami sendiri menerimanya dari pelbagai pihak yang lain. Cuma dapat dipastikan bahawa gambar dan video yang terkumpul di sini adalah benar dan bukan palsu atau produk photoshop.

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang terlalu ekstrem. Perlu juga ditekankan bahawa tiada sebarang nilai moral atau agama yang cuba kami sampaikan di sini. Blog ini hanya berperanan untuk memberikan maklumat, iaitu realiti secara telus tanpa ada sebarang bias dari sudut kepercayaan politik, mahupun ideologi. Jadi, anda digalakkan untuk membuat tafsiran sendiri terhadap kandungan blog ini.

3 comments:

  1. tak pernah masuk blog tu sebab takut hahaha

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam...
    seriously sgt ngeri n x mampu nak browse hingga bawah... huhuhu... menakutkan... ngeri giler...

    ReplyDelete
  3. Tak mahu tengok ler...takut lihat benda2 macam ni....
    Support me by daily voting me for blogger of the year

    ReplyDelete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..