The Making Of Karipap!!

♡Assalamualaikum♡

Starring by :-
Me as Auntie Karipap
Kak Sha as Mak Karipap
Ain as Kakak Karipap
Sera as Adik Karipap
Yasmin as Baby Karipap

Sinopsis Story :-
Menceritakan apa yang berlaku apabila lima orang ini cuba menghasilkan karipap yang terbaik di rantau Asia. Adakah misi mereka ini berjaya? Sama-sama kita saksikan.


Inti Karipap
Ubi dipotong dadu

Camput serbuk kari dan air, kacau sebati

Tumis bawang merah dan dauk karapole a.k.a daun kari sampai agak kekuningan
Masukkan serbuk kari yang dikacau sebati dengan air, tunggu sampai pecah minyak

Masukkan ubi yang dipotong dadu

Kacau sebati

Masukkan sedikit air

Kacau sebati dan biarkan sehinnga ubi empuk

Pastikan ubi dikacau supaya tak hangit dan berkerak di bahagian bawah.

Bila ubi dah agak empuk, masukkan garam secukup rasa

Masukkan gula secukup rasa

Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sebati. Siap

Rehat Sebentar Bersama Aiskrim




 Kulit Karipap
Larutkan garam dalam air
Panaskan marjerin sampai cair



Tambahkan marjerin dan larutan garam ke dalam tepung sedikit demi sedikit
Siap menjadi doh


Masa Untuk GELENTE Karipap (hahahahahah)
Gunakan penggelek yea..
Disebabkan kekurangan alat, gelas kaca pun boleh la..
Amik sedikit tepung dan gelek sehingga agak2 nipis
Masukkan inti dan GELENTE la menjadi karipap

Goreng sehingga kekuningan


THE BEST KARIPAP IN ASIA....HAHAHHAH!!!







2 comments:

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..