About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 24 January 2012

Baucer Buku 1 Malaysia..

♡Assalamualaikum♡

Sungguh ramai yang beratuq untuk beli barang guna BAUCER BUKU 1 MALAYSIA...kalau bleh satu kedai tu nak angkut bawak balik..heheheh!!!

Sempat jugak la aku menjenguk ke POPULAR BOOKSTORE PACIFIC...Niat nak beli novel..Tapi, mak aiii...Beratuq panjang gila kat kaunter..Kalau camnie kui bapa nak bleh bayaq..Huhu...

Last2, aku n Mr Alon amik keputusan untuk ke POPULAR BOOKSTORE CT PLAZA...Kot2 kat sana kurang ckit orang..Sampai2, memamg kurang ckit la..Kurang la 2,3 orang...hahahaha!!!

Tapi, disebabkan memamg dah berniat nak beli novel baru...Kami pun teruskan ja la niat tu...Untuk aku, 3 buah novel menjadi pilihan...

AWAK SUKA SAYA TAK

7 HARI MENCINTAIKU

KRISTAL BERDARAH

2 novel yang menjadi pilihan Mr Alon plak bertajuk Anak Apak & Dendam...Novel nie kandungannya ala2 kisah politik ckit...Mr Alon memang suka baca novel jenis nie...Aku?? Aku xminat kisah2 politik..Untuk aku cukup kisah cinta dan misteri..

Beris Lake Vineyard,,

♡Assalamualaikum♡

Dah lama teringin sangat nak pi Beris Leka Vineyard nie..
So, tadi aku terpaksa memaksa Mr Alon untuk bawak aku pi..hehe!!
Bukan selalukan nak paksa dia!!
Mau tak mau dia kena  bawak gak aku pie...






Yeyeyeye...dah sampai..
Beris Lake Vineyard terletak lebih kurang 12 km dari pekan Sik, Kedah..
Kui 1 kami bertolak dari umah..sampai lebih kurang kui 3 kat sana...

Sedikit maklumat yang aku search tentang Beris Lake Vineyard nie...


LADANG ANGGUR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggur sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok.

Objektif utama mengusahakan ladang anggur ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.

Dengan adanya ladang anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan.

Gerai jualan hasil dibuka dari
9.30 pagi hingga 6.30 petang

Dengan bayaran
RM4 - dewasa
RM2 - kanak-kanak


Jom layan gambaq yang sempat disnap...


Mr Alon sangat excited bila melihat anggur yang banyak...


Geram tak leh nak petik...Ramai sangat bodyguard yang menunggu..hehehe!!!

Sangat berbangga dengan ketinggian yang aku ada...Sebab aku bleh jalan dalam keadaan normal, berbanding dengan Mr Alon yang telah transform  menjadi si bongkok...hahahah!!


Buang anggur yang fresh yamg dijual dengan harga RM 13...

Jus anggur RM3 sebotol...sedap kot!!!








KOBI MAKAN CENDOIIII!!!

♡Assalamualaikum♡

Aksi Kobi a.k.a Hakim makan cendoiiii...