About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Friday, 30 December 2011

IMBAS KEMBALI..

♡Assalamualaikum♡

Imbas kembali detik-detik first aku nak menulis blog..Mulanya teragak-agak..Sebab aku nie memang xpandai nak mengarang ayat..aku karang ikut sedap aku ja..hehe!!bahasa apa ntah lg,tunggang langgang dah aku rasa...disebabkan aku nie orang Utara, so blog aku pun loghat Utara la..

Sebelum aku tulis blog, aku suka baca blog orang len...Dah macam-macam jenis blog aku baca...Antara blog yang btoi2 bagi aku inspirasi untuk ada blog gak...


1. BLOG NURULHANA


Nama pemilik blog Nurulhana Binti Mahdir..Dia nie anak lecturer aku...Seorang yang garang tapi dalam hati ada taman...hhaha!!(jangan marah yea Ana)..

Aku suka baca blog dia. Bagi aku dia akan luahkan pendapat dia secara jujur. Tak kisah apa orang kata.Dia tulis tentang kisah hidup dia..Orang2 yang dia sayang..Dia juga selalu cita pasai Prince Charming dia.. Tu pun aku suka baca..Bleh dikatakan apa yang dia tulis suma aku baca la..Tak penah miss pun..

Disebabkan dia la, aku pun tringin nak ada blog aku sendiri...So, thanks 2 Ana...

PICIT SINI untuk terjah Blog Ana...


2. BLOG JEJARIRUNCING



Sapa yang xkenai ngan Elia SiJejariRuncing ni.. Tipu la sapa yang xekanai tu..Kisah hidup dia penah hot satu masa dulu. Tapi aku kagum ngan dia, sebab stelah apa yang terjadi, dia teruskan hidup dia tanpa toleh ke belakang lagi.. Aku suka sangat dia.. Kalau la aku berpeluang jumpa ngan dia.. Macam2 yang aku nak tanya dia..Hehehheeh!!

Benda first yang aku nak tengok bila jumpa dia ialah...aku nak tengok jari jemari dia,,,btoi ka runcing??hehehhe!!!Just Kidding...

PICIT SINI untuk terjah Blog Elia.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..