About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 1 November 2011

Kemaafan!!


♡Assalamualaikum♡


"MAAF" Satu perkataan yang mudah tp kadang2 sukar diluahkan. Dalam kehidupan kita sehari banyak perkara yang kita lalui. Tanpa kita sedar dalam kita leka melayari kehidupan kita seharian, kita sering melukakan hati orang2 disekeliling kita, orang2 yang kita sayangi! Cukupkah sekadar dengan sekadar mengucapkan MAAF? Terubatkah hati2 yang kita lukakan? Selagi kita bergelar manusia, kesilapan merupakan perkara yang paling sukar dielakkan. Adakalanya kesilapan itu terpaksa dilakukan untuk melindungi sesuatu. Terpulang pada hati untuk menilai wajarkah sesuatu kesilapan itu dimaafi. Adakanya ego perlu diletakkan ketepi. Dengarlah pada kata hati! Buat orang2 yang pernah aku sakiti, maafkan lah kesilapan yang telah aku lakukan. Percayalah hidup ini tak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Apa yang penting ialah belajar dari kesilapan itu untuk tidak diulangi. Nilai kemaafan itu sangat dihargai bagi orang yang mengharapkannya. Dengan memaafkan orang lain tidak akan membuat kamu berkecil hati tapi akan menggambarkan ketinggian budi pekerti. Maafkan aku...






No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..