Kalau Lelaki....

♡Assalamualaikum♡

Kalau lelaki handsome pendiam,
Perempuan akan cakap : Wow! Cool gila!
Kalau lelaki tak handsome pendiam,
Perempuan akan cakap : Eleh! Perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat,
Perempuan akan cakap : Nobody's perfect.
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat,
Perempuan akan cakap : Memang, muka pun macam rumah!!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu,
Perempuan akan cakap : Machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu,
Perempuan akan cakap : Entah-entah tadi tu kawan dia.

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik,
Perempuan akan cakap : Sangat sepadan. So sweet!!
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik,
Perempuan akan cakap : Mesti kena bomoh perempuan tu.

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,
Perempuan akan cakap : Jangan sedih, saya ada!
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih,
Perempuan akan cakap : Memang patut pun. (sambil tengok atas bawah)

Kalau lelaki handsome menyayangi binatang,
Perempuan akan cakap : Perasaannya halus, penuh dengan kasih sayang.
Kalau lelaki tak handsome menyayangi binatang,
Perempuan akan cakap : Sesama keluarga memang harus saling menyayangi.

Kalau lelaki handsome bawa kereta BMW,
Perempuan akan cakap : Hebat luar dalam!
Kalau lelaki tak handsome bawa kereta BMW,
Perempuan akan cakap : Bang, mana bosnya!

Kalau lelaki handsome tidak mahu bergambar,
Perempuan akan cakap : Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar.
Kalau lelaki tak handsome tidak mahu bergambar,
Perempuan akan cakap : Tentu tidak sanggup melihat hasilnya bukan?

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan,
Perempuan akan cakap : Ini barulah lelaki gentleman.
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan,
Perempuan akan cakap : Naluri seorang pembantu memang begitu.

Kalau lelaki handsome bersedih hati,
Perempuan akan cakap : Let me be your shoulder to cry.
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati,
Perempuan akan cakap : Kenapa kuat menangis?Macam ini lelaki?


Tapi, kalau perempuan cantik dan perempuan tak cantik cm na plak???











No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..