SAYANGKU CASPER!!!

♡Assalamualaikum♡



SAYANGKU CASPER...novel aku baru beli tadi...Bukan cita hantu casper tu ok!!!
Cita ne menarik...aku dah baca dah ckit...Best!!
Sinopsis..
Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si "granny", Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat "daddy"nya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris!! Tak disangka-sangka Tangku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin..


Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke?
Miskin betul! Tinggal seringgit pulat tu. Nak buat calling macam mana ni? ~ Tengku Rafique


Tia Adila terpanar. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Ingat aku ni sengkek sangat ke? Tolong sikit ya! Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa ayah aku, berderet-deret mereka semua nak menculik aku untuk menuntut tebusan. Masa tu baru kau tahu. ~ Tia Adila


Jangan-jangan awak sengajakan? Campur yang ini dah tiga kali awak jatuh atas saya. Saya ni lelaki, bukannya malaikat. Kalau lagi sekali awak buat macam ni, saya rasa saya kena kahwin dengan awak. ~ Tengku Rafique






No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..