MASJID!!

♡Assalamualaikum♡

Masjid merupakan rumah ibadat untuk umat Islam. Di Malaysia, masjid-masjid kebanyakannya mempunyai senibina yang menarik sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan Malaysia. Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah:


 
Masjid Ubudiah
Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.



 
Masjid Wilayah Persekutuan
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.



 
Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.



 
Masjid Putra
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.



 
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..