About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 27 September 2011

~MANDI~

♡Assalamualaikum♡

JANGAN ABAIKAN MANDI!!

Wah!! Masa untuk mandi. Di mana tuala saya? Mandi aktiviti yang wajib bagi setiap manusia. Mandi adalah digalakkan 3 kali setiap hari iaitupagi, tengah hari serta lewat petang. Namun, masih ada yang mengabaikan amalan mandi. Hey,mandi bukan saja bertujuan untuk membersihkan badan kamu, tetapi ia turut mempunyai kebaikan yang tersirat. Mari menyelusuri kebaikan amalan mandi.


MANDI BOLEH MENGHILANGKAN STRESS

Kajian terbaharu berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah & meningkatkan paras gula dalam darah. Suhu yang digalakkan untuk air mandian ialah sekitar 18 darjah celcius.


MANDI BOLEH MENGURANGKAN KANDUNGAN GULA 

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan paras gula dalam darah sekitar 13%. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10min berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


MANDI BOLEH MENGELUARKAN TOKSIN

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah celcius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot & memnbantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Tempoh yang disarankan adalah selama 10 hingga 20min.


MANDI BOLEH MEMBANTU MENYEMBUHKAN JANGKITAN KULIT

Mandi boleh membantu menyembuhkan beberapa penyakit kulit tertentu seperti ruam @ gatal-gatal yang boleh di atasi dengan menambahkan soda penaik ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian & tambahkan soda penaik & aduk sehingga rata. Digalakkan berendam selama 10 hingga 20min.


MANDI MAMPU MEREDAKAN SELESEMA & SAKIT KEPALA

Masalah selesema & sakit kepala boleh juga diubati dengan amalan mandi.Caranya adalah dengan merendam kaki dalam air panas, membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala & menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya di dalam sebuah bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak aroma seperti lavender, peppermint @ lemon. Kemudian bilas badan kamu dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20min.


ARRGHH!! SUSAHNYA NAK TIDUR!! LEGAKAN DENGAN MANDI

Bagi masalah insomnia, mandi merupakan terapi yang bagus untuk mengurangkannya. Rendamkan kaki dalam air yang dingin. Bagi yang mempunyai masalah insomnia @ memiliki masalah tidur, masukkan kaki sehingga berasa dingin. Selain masalah insomnia,ia juga berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selesema & sembelit.






No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..